Resepi

 

SELAMAT PAGI SEMUA 

Resepi Aiskrim Goreng Coklat
(untuk 5 biji aiskrim goreng)

Bahan-bahan :
- 10 keping roti Gardenia 
(2 keping roti digunakan untuk membuat 1 biji aiskrim goreng)
- Aiskrim perisa coklat
(boleh tukarkan dengan aiskrim kegemaran anda)
- Gelas plastik
- Bekas untuk menyimpan/sejukbeku
- Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat aiskrim goreng : 
- Letakkan sekeping roti di atas pinggan dan letakkan aiskrim dibahagian tenngah roti.
- Tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
- Ambil gelas plastik dan tekan di atas permukaan roti.
- Tekan perlahan-lahan sehingga bahagian tepi roti terpotong.
- Masukkan aiskrim goreng ke dalam bekas dan sejukbekukan selama beberapa jam.

Untuk menggoreng :
- Panaskan minyak. Masak aiskrim goreng menggunakan api sederhana.
- Angkat aiskrim goreng yang sudah masak. 
- Sedia untuk dimakan semasa masih panas.
(Jangan biarkan aiskrim goreng menjadi sejuk kerana aiskrim akan cair)

Selamat mencuba

 

Resepi : Kek Keju

Penulis : faizura min Masa : 17:54 Komen : 0 Tag :
Assalamualaikum wbt ...

petang nie zura nak share resepi kek keju dengan korunk semua mana tahu ada yang suka makan kek keju boleh lah try buat kat rumah.

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g Philadelphia cream cheese
  • 50g mentega tanpa garam
  • 80g gula halus
  • 3 biji telur -asingkan kuning dan putih
  • 80cc fresh cream
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • 40g tepung roti
  • 40g dry fruit
  • sedikit gula aising untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul cheese dan mentega sehingga kembang dan masukkan separuh gula dan pukul lagi
  2. Masukkan sebiji demi sebiji, diikuti dengan fresh cream dan lemon jus
  3. Masukkan pula tepung roti dan gaul sehingga sebati
  4. Dalam mangkuk lain pukul telur putih dan gula yang separuh lagi sehingga kembang. (Bila diterbalikkan telur tak jatuh)
  5. Masukkan dry fruit ke dalam telur putih dan kacau sebati
  6. Masukkan adunan telur putih ke dalam adunan pertama tadi. Gaul sebati.
  7. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 40-45 minit. Loyang tu mestilah diletakkan dalam dulang yang berisi air
  8. Setelah masak. Ayaklah gula aising ke atas kek tadi
Itu adalah antara bahan yang diperlukan untuk membuat kek keju.Mudah,senang dan sedap.SELAMAT MENCUBA !!

No comments:

Post a Comment